fbpx

1,680 kes baharu, 2,548 pesakit sembuh, tujuh kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,680 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 311,777 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,680 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 21,159 kes.

“Selain itu, terdapat 2,548 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 289,452 kes.

“Terdapat tujuh kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,166 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 172 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 84 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN