fbpx

Proses pendaftaran pengamal kesihatan bersekutu ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PETALING JAYA – Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu (MPKBM) bersetuju untuk menangguhkan sementara proses pendaftaran pengamal kesihatan bersekutu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tarikh permulaan pendaftaran akan dimaklumkan melalui pengumuman rasmi pada masa yang akan ditentukan kelak.

“Mesyuarat MPKBM yang pertama telah diadakan pada 6 Ogos 2020 dan mesyuarat MPKBM bilangan kedua telah diadakan pada 21 Disember 2020 lalu.

“Hasil mesyuarat tersebut, MPKBM juga telah memutuskan untuk meneliti semula Jadual Kedua (Seksyen 9 dan 10), Akta 774 dan memperhalusi polisi dan standard kelayakan bagi pendaftaran pengamal Profesion Kesihatan Bersekutu serta perkara-perkara berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jadual Kedua (Seksyen 9 dan 10), Akta 774 itu ialah senarai Profesion Kesihatan Bersekutu yang diluluskan oleh Menteri Kesihatan untuk tarikh penguatkuasaannya bermula 1 Julai 2020.

“Adalah diharapkan dengan penubuhan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia ini akan dapat memartabatkan Profesion Kesihatan Bersekutu dan menjamin penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkualiti di negara ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI