fbpx

Polis gempur Pasar Borong Selangor, 88 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI yang berjaya ditahan dalam serbuan Ops Bersepadu Khas IPD Serdang di Pasar Borong Selangor pagi tadi.

PETALING JAYA – Seramai 88 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu serbuan Ops Bersepadu Khas di Pasar Borong Selangor pagi tadi.

Serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu bermula kira-kira pukul 11 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan, Mohd. Rosdi Daud berkata, berdasarkan maklumat dan risikan pihaknya, kebanyakan warga asing itu menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Katanya, mereka juga juga tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Dalam operasi ini juga pihak IPD Serdang mensasarkan lot- lot yang dikenalpasti mempunyai pekerja warga asing.

“Jumlah keseluruhan lot perniagaan yang terdapat di pasar borong ini adalah sebanyak 320 lot,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mohd. Rosdi berkata, tindakan itu juga akan dapat mencegah aktiviti jenayah yang melibatkan warga asing di pasar borong ini.

“Polis IPD Serdang memandang serius isu pendatang asing tanpa izin yang sering mendatangkan kegusaran pada masyarakat khususnya di kawasan pentadbiran kami.

“Operasi seperti ini akan sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa,” ujarnya.

Menurut beliau kesemua tangkapan berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun yang terdiri daripada warga Myanmar (78), Bangladesh (8), dan masing-masing seorang warga Nepal serta Indonesia kemudiannya di bawa ke IPD Serdang untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)c Akta Imigresen 1959/63.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI