fbpx

Mutasi Varian Nigeria mungkin ‘kebal’ vaksin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Mutasi virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19 termasuk yang terbaharu, Varian Nigeria atau B.1.525 berkemungkinan ‘kebal’ terhadap vaksin sedia ada.

Kebimbangan itu dilahirkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang menyifatkan mutasi B.1.525 itu antara varian-varian Covid-19 yang perlu terus dipantau Kementerian Kesihatan berikutan ia dilaporkan dapat menghindari sistem imunisasi tubuh.

“Mutasi ‘spike protein’ E484K pada varian tersebut mendapat perhatian kerana ia dilaporkan dapat menghindari sistem imun.

“Varian Nigeria ini juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas imun,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Beliau berkata, menurut laporan portal antarabangsa Forbes.com, perubahan E484K itu memberikan ketahanan kira-kira tiga kali ganda kepada beberapa vaksin Covid-19 dan ketahanan 10 kali ganda pada kebanyakan antibodi pemulihan.

Menurutnya, dengan setiap mutasi baharu yang muncul, Kementerian Kesihatan (KKM) memperoleh pandangan lebih mendalam mengenai kepelbagaian cara virus Sars-CoV-2 menyesuaikan diri dengan manusia sebagai perumah.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengesan dua kes pertama individu yang dijangkiti Varian Nigeria di negara ini.

Kes-kes itu daripada dua warganegara asing yang telah tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan didapati positif Covid-19 melalui ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI