fbpx

Cara Hyuna psiko teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYUNA

HAMPIR lima tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Hyuna mendedahkan dia selalu memanggil teman lelakinya yang juga penyanyi Dawn dengan gelaran ‘sayang’.

Terbaharu, Hyuna memberitahu, panggilan tersebut juga boleh berubah menjadi nama sebenar, sekadar Kim Hyo-jong jika kekasihnya itu melakukan sesuatu kesalahan.

“Kebiasaannya saya akan panggil dia dengan gelaran ‘sayang’, tetapi kalau saya dapat tahu dia melakukan sesuatu yang salah, saya akan panggil dia ‘Hyo-jong’,” kata Hyuna atau nama sebenarnya Kim Hyun-ah.

Pendedahan tersebut dikongsikan penyanyi itu ketika menjadi tetamu dalam sebuah program televisyen, My Ugly Duckling baru-baru ini.

Sementara itu, Dawn mengakui akan berasa bimbang dan memikirkan kesalahan yang dilakukan apabila buah hatinya mula memanggilnya dengan nama penuh.

“Apabila dia mula panggil saya dengan nama betul, tiba-tiba dalam kepala saya akan fikir macam-macam. Saya cuba ingat semula apa saya lakukan sepanjang hari. Sangat menakutkan apabila dipanggil dengan nama penuh,” ujar Dawn.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI