fbpx

Tebas rumput jumpa tengkorak, tulang manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengkorak dan tulang manusia ditemui berhampiran Sungai Muar di Kampung Tanjung Olak, Bukit Gambir, Muar semalam.

TANGKAK- Satu tengkorak bersama beberapa rangka tulang berselerak dipercayai manusia ditemui dalam semak berhampiran sungai Muar, Kampung Tanjung Olak, Bukit Gambir, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, dalam kejadian pukul 9.40 malam itu, polis menerima laporan daripada seorang individu berhubung penemuan tulang dan tengkorak berkenaan ketika menebas rumput di kebunnya.

“Maklumat daripada orang awam menyatakan bahawa kira-kira pukul 7 malam, dia telah terhidu bau busuk sewaktu menebas rumput di kebun sawit di situ sebelum menemui tengkorak manusia di kawasan semak berhampiran sungai Muar.

“Ekoran daripada maklumat itu, sepasukan polis bersama unit forensik ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan menemui rangka dan tengkorak dipercayai manusia.

“Tiada dokumen pengenalan diri mangsa ditemui dan siasatan awal di lokasi juga tidak menemui sebarang unsur jenayah,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Fadhil berkata, kesemua tulang serta tengkorak dihantar ke Hospital Tangkak dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI