fbpx

Ramai mahu Nad Zainal rakam lagu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAD ZAINAL

Sejak video nyanyian Nad Zainal menyanyikan runut bunyi drama Takdir Yang Tertulis tular, ramai yang membuat permintaan agar pelakon itu merakamkan lagu.

Peminat sebenarnya tidak menyangka Nad yang sedang hamil anak kedua itu mempunyai suara yang merdu dan lebih sedap daripada penyanyi sedia ada.

Tidak dinafikan, suara Nad memang sedap didengar. Biarpun Nad hanya muncul beberapa saat sahaja, tetapi nyanyiannya antara yang menarik perhatian.

“Suara serak gemersik. Tolonglah rakam lagu,” ujar seorang pengikut Instagramnya.

Rata-rata peminatnya juga inginkan pelakon tersebut merakam lagu saduran (cover). Wah! Belum apa-apa, sudah ada banyak permintaan. Mungkin Nad boleh pertimbangkan.

MIZZ LAHAR: Sejuk hati melihat Aishah Azman sudah berhijab. Semoga terus istiqamah ya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI