fbpx
Pengunjung sarkas menyaksikan pertunjukan gajah hologram yang dihasilkan projektor Optoma. - Circus Roncalli

Persembahan sarkas guna hologram ganti haiwan sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN – Syarikat Circus Roncalli menjadi pertunjukan sarkas pertama di dunia menggunakan hologram bagi menggantikan haiwan sebenar bagi pertunjukannya, lapor portal interestingengineering.com., kelmarin.

Sarkas tersebut menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat pemasangan, Bluebox serta syarikat projektor, Optoma bagi menjana imej haiwan seperti gajah dan kuda ketika pertunjukan sedang berlangsung.

Sebanyak 11 projektor laser dipasang meliputi seluruh ruang arena sarkas yang berkeluasan 32 meter lebar dan mempunyai kedalaman 5 meter. 

Projektor berteknologi tinggi itu dipasang di sekeliling kawasan persembahan dan menghasilkan hologram haiwan pada saiz sebenar atau lebih besar.

Hologram itu dipancarkan pada permukaan lantai lutsinar yang direka khas dan membuta gerakan secara berpusing.

Penggunaan hologram menjadikan tiada lagi keperluan untuk melatih haiwan sebenar untuk persembahan sarkas. – Circus Roncalli

Meskipun tidak menggunakan haiwan sebenar, ia tidak menjejaskan momentum persembahan Sarkas Roncalli malah menjadikannya unik serta berbeza dengan pertunjukan yang biasa dilihat.

Hasil kecanggihan teknologi hologram 360 darjah tersebut, Circus Roncalli tidak lagi menggunakan haiwan sebenar dalam pertunjukan mereka dan menerima respons positif daripada peminat serta penonton sarkas sedia ada.

Sarkas itu juga terpilih sebagai salah satu finalis bagi Anugerah Kemampanan Jerman 2021, yang dilihat telah menetapkan standard baharu dalam industri persembahan membabitkan haiwan seluruh dunia. – Agensi