fbpx

Bomba Selangor sasar 80 peratus anggota divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazam (dua dari kanan) mendengar penjelasan mengenai jenis dron yang digunakan dalam operasi pemadaman kebakaran tanah gambut Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Kuala Langat hari ini.

KUALA LANGAT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menyasarkan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan 1,689 keanggotannya dilindungi dengan vaksin bagi mencegah Covid-19 bagi fasa pertama.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, pihaknya telah menyerahkan 895 nama pegawai dan anggota diberi kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagaimanapun, kami dimaklumkan oleh KKM bahawa hanya 170 orang anggota sahaja akan menerima suntikan vaksin untuk peringkat awal.

“Kita berusaha untuk meminta semua anggota kita supaya disuntik kerana berhadapan dengan pelbagai individu atau mangsa yang tidak diketahui tahapnya kesihatannya terutama dalam pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau operasi pemadaman kebakaran tanah gambut Hutan Simpan Kuala Langat Selatan hari ini.

Jelas beliau, 170 anggota itu akan menerima suntikan secara berperingkat bermula 16 Mac sehingga awal April nanti di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang serta Klang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI