fbpx

Benar saya sudah bertunang – Sharifah Sakinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sakinah dan Michael

PETALING JAYA – “Ya sudah”, jawab pelakon Sharifah Sakinah ringkas tentang statusnya yang kini telah pun bertunang dengan kekasih hati, Michael Hansen.

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, majlis pertunangan antara dia dengan jejaka berasal dari Sweden itu telah dibuat dalam satu majlis ringkas pada Disember tahun lalu.

“Masa bulan 12 tahun lalu buat secara sederhana sahaja dengan keluarga. Beli cincin habis cerita (selesai bertunang).

“Perancangan 28 Mei nanti (nikah) tapi tak pasti lagi sebab keadaan Covid-19. Lepas itu keluarga belah sana (Sweden) nak datang sini kena kuarantin lagi (14 hari).

“Keluarga saya nak ke sana (Sweden) pula tak dibenarkan. Kesian laa nanti. Boleh nikah sekarang tapi saya tidak mahu buat secara virtual,” katanya yang memberitahu bahawa Hansen kini berada di Stockhlom, Sweden.

Ujar pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu lagi, buat masa ini dia dan juga Hansen ada membuat perancangan untuk membuat majlis pernikahan mereka sekitar pertengahan tahun ini.

“Anak dia (anak kepada Hansen) ada cuti summer break (cuti musim panas) dan kami akan cuba, tapi tidak pasti lagi,” ujarnya.

Ditanya tentang harapan terhadap hubungannya dengan Hansen, Sakinah memberitahu bahawa ini kali pertama dia menjalinkan hubungan cinta jarak jauh dengan seseorang.

“Sejujurnya ini hubungan jarak jauh pertama saya. Kalau berkahwin nanti, dia ada kerjaya dekat sana (Sweden) dan saya pula ada karier di sini (Malaysia).

“Cuma saya berharap kami boleh bersama sebab orang lain kahwin duduk serumah, tapi kami tidak (berjauhan). Sedihlah sikit,” katanya.

Untuk rekod, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama Afif Adha selama dua tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan sebelum mereka berpisah pada Mei tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI