fbpx

Sistem pancur kering tingkat 17 rosak sukarkan bomba padam api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba terpaksa menyambungkan lapan hos bagi memadam kebakaran di tingkat 17 sebuah flat di Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Disebabkan sistem pancur kering di tingkat 17 di Flat E1E2, Perai di sini tidak berfungsi, anggota bomba berdepan kesukaran apabila terpaksa menyambung hos bagi memadamkan kebakaran sebuah unit flat hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, anggota bomba tepaksa memanjat anak tangga setinggi 17 tingkat bagi menyambungkan sistem hos tersebut dari tingkat bawah sehingga ke unit terbabit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian berkenaan membabitkan kebakaran sebuah rumah kosong di tingkat 17 pangsapuri 21 tingkat itu.

“Bagaimanapun, sistem pancur kering pada bangunan itu mengalami masalah dan anggota membentang hos melalui tangga hingga ke tingkat tersebut.

“Sebanyak lapan gulung hos diperlukan pagi tindakan pemadaman,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jurucakap itu berkata, api bagaimanapun berjaya dikawal pukul 9.33 pagi sebelum ia dipadamkan pukul 9.51 pagi.

“Kebakaran itu membabitkan 70 peratus rumah kosong berkeluasan kira-kira 55 meter persegi itu dan tiada mangsa terlibat,” katanya.

Operasi terbabit dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai dan Butterworth. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI