fbpx

Lelaki maut motosikal rempuh tiang konkrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z yang ditunggang mangsa tercampak ke kawasan rumah penduduk selepas merempuh sebatang tiang konkrit.

KOTA BHARU – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum merempuh sebatang tiang konkrit di hadapan sebuah rumah di Kampung Teras Binjai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Muhammad IIman Bani Yami, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kecederaan pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati,kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z sedang dalam perjalanan dari arah Kedai Lalat ke Balai Polis Binjai.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa yang dipercayai menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar telah terbabas sewaktu sedang membelok di kawasan selekoh.

“Insiden itu menyebabkan motosikal berkenaan merempuh sebatang tiang di hadapan sebuah rumah di kawasan berkenaan.

“Mangsa dipercayai tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, siasatan mendapati, mangsa gagal mengawal motosikalnya ketika membelok di satu selekoh sebelum terbabas dan melanggar tiang itu.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini untuk dibedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI