fbpx

eCurve dibuka hingga hujung Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Premis di eCurve, Mutiara Damansara akan kekal dibuka kepada umum sehingga penghujung Mac ini sebelum memberi laluan kepada proses naik taraf destinasi beli-belah dan bersantai itu.

Boustead Properties Bhd. (Boustead Properties), syarikat induk kepada Damansara Entertainment Centre Bhd. yang mengoperasikan eCurve berkata, pihaknya telah mengambil langkah proaktif untuk berhubung dengan penyewa semasa dan memindahkan sebahagian daripada mereka di  the Curve yang terletak bersebelahan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan,  pusat beli belah utamanya, the Curve akan terus beroperasi seperti biasa dan kekal menjadi destinasi pilihan pengunjung.

“Sejak 2006, eCurve telah menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari aktiviti riadah, hiburan dan terapi runcit selain merupakan lokasi bagi keluarga dan rakan-rakan berkumpul.

“Selepas 14 tahun, kisah kejayaan ini diteruskan dengan pembangunan semula eCurve. Pandemik telah memberikan kesempatan meneruskan pelan eCurve untuk berevolusi, berkembang, dan kembali kuat dengan mercu tanda baharu di Mutiara Damansara, sejajar dengan aspirasi Kumpulan,” jelasnya.

Menurut Boustead Properties, langkah tersebut tepat pada masanya dan orang ramai akan menyaksikan eCurve menyesuaikan diri dengan perubahan masyarakat, gaya hidup dan teknologi di sekelilingnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI