fbpx

Dua penumpang maut, tiga terselamat dalam runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua maut manakala tiga lagi pekerja kilang terselamat dalam kejadian runtuhan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

KUALA LUMPUR – Dua maut manakala tiga lagi pekerja kilang terselamat dalam kejadian runtuhan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan dari arah Pandan Indah menghala ke Shah Alam lewat petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mereka yang terselamat merupakan pemandu van yang juga seorang lelaki serta dua penumpang wanita.

“Dua yang terbunuh juga merupakan penumpang wanita dan kesemua lima mangsa adalah warga tempatan yang dianggarkan berumur 30 hingga 45 tahun.

“Tiga mangsa yang terselamat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan lanjut,” ujarnya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Perancah besi pembinaan yang runtuh

Jelasnya, mangsa yang meninggal dunia pula dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

“Siasatan mendapati kesemua mangsa dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di sebuah kilang berdekatan.

“Pemandu lori juga akan ditahan untuk membantu siasatan dan ujian saringan air kencing turut akan dilakukan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI