fbpx

305 individu ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan serta tidak memakai pelitup muka antara kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) yang paling tinggi dikesan semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedua-dua kesalahan itu masing-masing mencatatkan 100 dan 80 kes.

Beliau berkata, turut dikesan pada operasi semalam adalah rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (48), tiada penjarakan fizikal (40) dan aktiviti pusat hiburan (17).

“Turut dikesan adalah kesalahan melibatkan premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (5), keluar rumah tanpa alasan munasabah (3) dan lain-lain (12).

“Secara keseluruhan, seramai 305 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam dan
daripada jumlah itu, 296 dikompaun, lapan lagi direman manakala seorang dijamin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ismail Sabri memaklumkan, Op Benteng semalam telah menangkap 12 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua buah kenderaan darat.

Katanya, dalam operasi tersebut, pihak berkuasa turut mengesan 129 buah bot dan kapal di perairan negara melalui lima operasi penglihatan.

“Selain itu, seramai 14 orang PATI turut diusir menerusi dua operasi pengusiran,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI