fbpx
HAMIDIN terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh ahli gabungan untuk terus mencalonkan saya bagi kerusi pre­siden bagi Kongres FAM ke-57 akan datang.

Hamidin terharu diberi kepercayaan teraju FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mahu membalas kepercayaan yang diberikan oleh ahli gabungan selepas menang tanpa bertan­ding menjelang Kongres FAM kali ke-57 yang akan berlangsung pada 13 Mac depan.

Sebagai rekod, jawatan pre­siden yang disandang Hamidin tidak dicabar pada kongres pemilihan kali ini sekali gus me­nerima mandat untuk menerajui pucuk pimpinan FAM bagi penggal 2021-2025.

Kata Hamidin, tanggungjawab dan amanat yang diberikan oleh ahli gabungan sangat besar dalam terus memacu industri bola sepak negara ke tahap lebih tinggi.

“Saya terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh ahli gabungan untuk terus mencalonkan saya bagi kerusi pre­siden bagi Kongres FAM ke-57 akan datang.

“Menang tanpa bertan­ding atau sebaliknya bukan perkara yang boleh dibanggakan kerana apa yang menjadi keutamaan adalah bagaimana mahu menjalankan amanat yang diberikan ini.

“Bukan mudah untuk terus menerajui pucuk pimpinan FAM bagi empat tahun mendatang tetapi saya harap setiap individu yang bakal menggalas tugas tidak kira timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa eksekutif (Exco) dapat berikan yang terbaik,” katanya kepada pemberita semalam.

Sebagai rekod, seramai 27 orang calon telah menyatakan penerimaan mereka untuk dicalonkan bagi 15 jawatan yang akan dipertandingkan pada Kongres FAM ke-57 nanti.