fbpx

Econsave sasar RM500,000 ‘belanja’ golongan memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Imran menyampaikan sumbangan kepada pemandu teksi di Econsave Kluang, Kluang Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Rangkaian Pasar Raya Econsave Cash & Carry (Econsave) meletakkan sasaran RM500,000 peruntukkan bagi membantu meringankan beban masyarakat yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.

Pengurus Besar Econsave Malaysia, Mas Imran Adam berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu melibatkan peruntukkan untuk membantu mereka yang berada dalam kategori B40 di seluruh negara.

“Sejak virus Covid-19 melanda negara sejak awal tahun lalu, ramai dalam kalangam kita kehilangan sumber pendapatan untuk keluarga sehingga memberi tekanan kewangan kepada mereka terutamanya golongan B40.

“Jadi, kami Econsave berbesar hati untuk tampil meringankan beban yang dihadapi mereka terutamanya golongan memerlukan seperti asnaf, keluarga orang susah, pemandu teksi serta ramai lagi.

“Tahun ini Econsave mensasarkan sejumlah RM500,000 peruntukkan untuk menjayakan program CSR tersebut,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Mas Imran menyantuni 36 pemandu teksi dan kereta sewa di Simpang Renggam, Kluang untuk mengagihkan sumbangan barang keperluan harian berjumlah RM2,000.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI