fbpx

Dimaki, diugut guna pisau, Didi Astillah buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Didi Astillah

PETALING JAYA – Diugut dengan menggunakan foto sebilah pisau pemotong sayur selain dihambur dengan kata-kata kesat oleh individu tidak dikenali, pelakon dan penyanyi Didi Astillah mengambil keputusan membuat laporan polis demi keselamatan dirinya.

Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 25, berkata, wanita tidak dikenalinya itu tiba-tiba menuduhnya sebagai perampas dan menjalin hubungan dengan seorang lelaki bernama Aiman Aziz yang didakwa merupakan kekasihnya.

Kata Didi, Didi, Aiman merupakan rakan baiknya dan dia hanya menghadiri majlis pernikahan lelaki itu tiga hari lalu.

“Wanita itu fikir saya yang bernikah dengan Aiman sedangkan saya cuma menghadiri majlis pernikahannya.

“Awalnya saya tidak sedar mesej tersebut, tetapi disebabkan wanita itu tidak berhenti-henti mengirim, barulah saya baca dan terkejut dengan ugutan yang diterima,” katanya dalam satu perkongsian menerusi Instagramnya semalam.

Menurut adik kepada pelakon dan juga penyanyi Bella Astillah itu, dia langsung tidak membalas mesej tersebut namun mengambil keputusan membuat satu laporan polis di Balai Polis Ampang kerana bimbang sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

“Saya ada simpan bukti antaranya dua keping gambar wanita tersebut dan tangkap layar mesej ugutan yang dihantar.

“Kalau ikutkan semalam lagi nak buat laporan, tapi disebabkan terlalu sibuk dengan penggambaran, saya lakukan hari ini,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI