fbpx

Bunuh rakan senegara kerana tuntut hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beh Eng Lai

SENTUL – Seorang lelaki warga Pakistan ditemui mati dengan kesan tetakan pada leher dipercayai dibunuh rakan senegara susulan perselisihan faham berhubung isu hutang 18 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 6 petang daripada orang awam.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai yang disewanya di Jalan Sentul.

“Bedah siasat yang dilakukan pula mendapati ada kecederaan pada leher mangsa dipercayai akibat kesan tetakan dan mangsa dianggarkan telah meninggal dunia kira-kira 10 jam sebelum ditemui,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.

Menurut Eng Lai, mangsa berusia 21 tahun dan bekerja di sebuah kedai makanan segera di kawasan Sentul.

“Hasil maklumat yang diterima dan risikan yang dijalankan, polis IPD Sentul berjaya menahan dua suspek warga Pakistan berusia 22 dan 40 tahun pada 22 Februari lalu di sekitar ibu negara yang juga merupakan kenalan kepada mangsa .

“Pihak polis turut merampas sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian tersebut dan siasatan mendapati motif pembunuhan adalah kerana suspek berang apabila mangsa menuntut wang yang dipinjam oleh salah seorang suspek,”ujarnya.

Eng Lai berkata, pihaknya akan membentangkan lertas siasatan kepada pihak timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat untuk dicadangkan tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI