fbpx

Venue rasmi Sarawak United, Kuching City sudah ditetapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STADIUM Hang Jebat akan menjadi venue rasmi tuan rumah Sarawak United buat sementara waktu bagi saingan Liga Premier musim ini.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan permohonan pertukaran venue bagi dua pasukan Liga Premier, Sarawak United dan Kuching City telah diluluskan menerusi Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL semalam.

MFL dalam satu kenyataan memberitahu, Sarawak United sebelum ini mendaftarkan Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai venue tuan rumah, namun memohon untuk bermain di Stadium Hang Jebat, Melaka.

“Permohonan Sarawak United untuk bermain di Melaka telah dipersetuju oleh pasukan Liga Super, Melaka United FC dengan mendapat kebenaran daripada Perbadanan Stadium Melaka,” kata MFL dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Kuching City akan menjadikan Stadium Likas, Kota Kinabalu sebagai venue tuan rumah buat sementara waktu selain membuat permohonan untuk bermain sebagai status pasukan pelawat untuk dua perlawanan pertama.

“Berikutan peningkatan kes Covid-19 di Sarawak, kerajaan negeri telah mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) berkuat kuasa sehingga 31 Mac depan dengan setiap individu yang memasuki Sarawak perlu dikuarantin selama 14 hari.

“Sehubungan itu, Kuching City memohon supaya dua perlawanan pertama dimainkan di venue lawan dan selaku pasukan pelawat dan ia mendapat persetujuan MFL.

“Kemudian, MFL turut meluluskan permohonan Kuching City yang mahu menjadikan Stadium Likas, Kota Kinabalu sebagai venue tuan rumah pasukan bagi baki perlawanan seterusnya,” katanya.

Sarawak United akan bertemu dengan Kelantan United pada aksi pembuka tirai Liga Premier di Stadium Hang Jebat pada Ahad ini manakala Kuching City pula dijadualkan bertemu Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 10 Mac depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI