fbpx

Padam foto seksi, Aishah Azman mula berhijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej terbaharu Aishah Azman selepas berhijab.

PETALING JAYA – Pelakon Aishah Azman mengambil keputusan untuk mengubah penampilannya dengan mengenakan hijab sejak Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian dalam Instagramnya. Aishah meluahkan kesyukuran kerana keinginannya untuk bertudung akhirnya dapat direalisasikan.

“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Doa yang baik-baik,” tulisnya.

Seiring dengan penghijrahan tersebut, Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, 25, turut dilihat sudah memadam kesemua foto berpenampilan seksi miliknya dalam Instagram.

Meninjau pada ruangan komen pelakon drama Mencintaimu Mr. Photographer itu, rata-rata peminat dan rakan artis memanjatkan kesyukuran serta memuji penampilan baharunya.

“Masya-Allah my dear (sayangku), Amin Ya Rabbal Alamin. Terus istiqamah.

“Alhamdulillah. Semoga Allah merahmatimu. Satu kebaikan yang kita buat akan pasti datang lebih banyak perkara baik dalam kehidupan,” tulis netizen kepada adik pelakon Afiq Muiz itu.

Sebelum ini, nama Aishah menjadi perhatian selepas pertunangannya dengan pelakon Syafie Naswip pada 2019 putus selepas beberapa bulan mengikat tali pertunangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI