fbpx

Lebur RM210,000 ditipu teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang ejen insurans di Bentong berputih mata kerugian RM210,000 akibat diperdaya dalam pelaburan tidak wujud dalam kejadian baru-baru ini.

Kejadian bermula apabila wanita berusia 44 tahun itu menjalin hubungan dengan seorang lelaki pada April tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa pernah berjumpa dengan lelaki berusia 35 tahun itu sebanyak empat kali sebelum ini.

“Suspek telah mengajak pengadu untuk menyertai pelaburan mata wang yang menjanjikan keuntungan cepat.

“Oleh kerana percaya kepada suspek, mangsa telah memberikan wang RM210,000 melalui pemindahan secara dalam talian dan tunai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujar beliau lagi, selepas beberapa bulan menyerahkan wang itu, mangsa meminta bukti pelaburan dan penyata keuntungan daripada suspek.

Mohd. Wazir menambah, suspek bagaimanapun meminta tambahan pelaburan sebanyak RM30,000 lagi.

“Sehingga kini, tiada pelaburan yang dijanjikan. Seterusnya pengadu membuat laporan polis kerana berasa telah tertipu,” ujarnya.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI