fbpx

Ipoh jadi bandar WiFi percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (dua dari kanan) menyampaikan tablet kepada pelajar pada Program Pelancaran MBIFREEWIFI di Dewan Komuniti Sungai Tapah, Manjoi hari ini. Foto: ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Sebanyak 20 lokasi komuniti di bandar ini akan dilengkapi internet tanpa wayar (WiFi) percuma yang disediakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai usaha menjadikan Ipoh sebagai bandar pintar.

Selain itu, kemudahan ini juga bakal membantu para usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan dan pasaran produk mereka apabila beroperasi dalam zon internet.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, buat permulaan kemudahan MBIFREEWIFI dengan kelajuan 300Mbps itu boleh diakses sehingga 250 pengguna pada satu-satu masa di kawasan liputan.

Menurut beliau, kemudahan ini juga dapat membantu pelajar-pelajar bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut norma baharu ketika ini.

“Ia juga bagi menjayakan Program Tuisyen Cikgu Saarani yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad pada 3 Februari lalu.

“Projek pemasangan wifi percuma ini dijangka siap pada penghujung April manakala lokasinya pula akan dimaklumkan kelak,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI