fbpx

Fikir sebelum muat naik – Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naim Daniel menasihatkan orang ramai terutama golongan selebriti untuk menggunakan media sosial dengan sebaik mungkin.

PETALING JAYA – Penyanyi Naim Daniel yang pernah terpalit dengan kontroversi membabitkan artis K-pop mengambil pendekatan lebih berhati-hati sebelum memuat naik hantaran status di media sosial.

Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk mengambil kira perasaan orang sekeliling supaya tidak menimbulkan isu disebabkan gambar atau video yang dimuat naik.

“Sebagai selebriti atau ‘public figure’, penting untuk kita yang dikenali untuk mengambil kira beberapa aspek sebelum membuat sesuatu tindakan. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah terpalit dengan kontroversi sebelum ini.

“Manusia lebih suka bertindak mengikut perasaan dan emosi ketika berhadapan sesuatu situasi, jadi lebih baik kiranya kita berfikir sedalam-dalamnya sebelum memuat naik sesuatu.

“Mungkin gambarnya yang sensitif, mungkin juga kapsyen yang digunakan menyinggung mana-mana pihak,” kata Naim, 24, kepada Kosmo! Online menerusi aplikasi WhatsApp.

Berikutan kontroversi Janna Nick yang didakwa menghina ahli kumpulan Blackpink, penyanyi Naim Daniel tampil menasihatkan pelakon wanita itu agar ‘menghilangkan diri’ daripada media sosial buat sementara waktu sehingga keadaan kembali reda.

Terdahulu, penyanyi berusia 24 tahun yang pernah melalui pengalaman serupa, langkah berkenaan merupakan cara yang terbaik bagi memberi masa untuk Janna menenangkan diri selepas terlibat dalam konflik dengan peminat K-pop.

Tambah Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin lagi, apa yang penting adalah Janna menggunakan masa ini untuk ‘cool down’ daripada laman sosial bagi tujuan refleksi diri.

Sebelum ini, Naim pernah dikecam peminat Blackpink yang digelar ‘Blink’ kerana menyunting gambarnya bersama salah seorang anggota kumpulan berkenaan, Rose yang dikongsi di laman Instagram miliknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI