fbpx

Menteri Kanan (Pendidikan), lima guru terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin memaklumkan, beliau akan menerima suntikan vaksin Covid-19 pada pagi ini di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menerusi status yang dimuat naik pada Facebook, beliau turut memaklumkan  lima orang guru juga bersama-sama menerima suntikan vaksin tersebut.

“Pagi ini saya bersama-sama lima orang guru akan menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya pada status tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, Radzi berkata, di bawah program ini, seramai 55,539 guru berisiko tinggi mengalami kesan negatif daripada jangkitan Covid-19 akan  didahulukan untuk menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama.

“Alhamdulillah, permohonan Kementerian Pendidikan (KPM) supaya kumpulan ini diberi keutamaan dalam fasa pertama disambut baik oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kebajikan guru sentiasa menjadi keutamaan kami. KPM komited untuk terus melakukan yang terbaik,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dilaporkan berkata, seramai 55,539 guru yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi, akan diusahakan untuk menerima suntikan vaksin pada fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Beliau dipetik berkata, pertimbangan memasukkan golongan pendidik dalam fasa pertama program vaksinasi terbesar negara itu dibuat selepas pihaknya menerima senarai daripada KPM. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI