fbpx

432 individu ditahan ingkar arahan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 432 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 414 individu dikompaun manakala 18 lagi direman.

“Antara kesalahan yang direkodkan ialah, tidak memakai pelitup muka (96), tiada penjarakan fizikal (106) serta rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (51) dan keluar rumah tanpa alasan munasabah (42).

“Kesalahan lain pula adalah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (108), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (10), aktiviti perjudian (18) dan lain-lain kesalahan (1),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 78,831 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Dalam pada itu, katanya, Op Benteng turut berjaya menahan 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas sebuah kenderaan darat dan dua buah kapal atau bot semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI