fbpx

[VIDEO] Penjenayah ‘berani mati’ sondol ‘King’ diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki dua lelaki selepas merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh petang tadi.

PETALING JAYA – Dua anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki dua lelaki selepas merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Kejadian yang mencetuskan kebimbangan orang awam terbabit tular di media sosial menerusi satu video berdurasi satu minit 45 saat yang menunjukkan kereta bernombor pendaftaran MAS175 melanggar bahagian belakang lori dan sisi kereta jenis Perodua Myvi untuk melarikan diri.

Pemandu kereta tersebut turut dilihat mengundurkan kenderaannya dan melanggar kereta lain beberapa kali sebelum berjaya memecut melalui celahan kereta menghala ke arah Kuala Selangor.

Difahamkan, kedua-dua suspek dipercayai telah melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran sebaik menghentikan kenderaan di bahu jalan berhampiran MRT Damansara Damai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal menerusi satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut.

“Setakat ini, salah seorang suspek telah berjaya diberkas polis pada hari yang sama,” katanya ringkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI