fbpx
Lokasi majlis kahwin di Kota London habis ditempah hingga 2023. - Google

Lokasi perkahwinan di London habis ditempah hingga 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Lokasi perkahwinan di London dilaporkan sudah hampir habis ditempah sehingga dua tahun akan datang iaitu 2023, lapor akhbar The Sun, hari ini

Hal itu terjadi berikutan pengumuman Perdana Menteri Britain, Boris Johnson yang memberitahu bahawa perintah berkurung di negara itu hanya akan ditamatkan pada 21 Jun akan datang.

Menurut salah seorang perancang majlis perkahwinan, Rebecca Brennan Brown berkata, telefonnya tidak berhenti menerima panggilan bakal raja sehari untuk menggunakan khidmatnya sebaik sahaja perintah berkurung tamat.

“Hampir kesemua lokasi perkahwinan di London sudah ditempah orang sehingga tarikh di tahun 2023.

“Bakal pengantin berebut-rebut memilih hari perkahwinan sekarang kerana tidak mahu tarikh pilihan diambil orang lain,” ujarnya.

Tambah Brown, meskipun tarikh sudah dipilih namun dia khuatir majlis idaman para pelanggannya tidak akan berjalan seperti biasa.

Ini kerana dia masih kurang yakin bahawa bilangan tetamu dan majlis perkahwinan seperti sebelum penularan Covid-19 akan dikembalikan oleh kerajaaan selepas tarikh 21 Jun.

“Saya tidak fikir majlis perkahwinan seperti dahulu akan diizinkan kerajaan.

“Ini kerana Covid-19 adalah satu situasi tidak terduga jadi apa-apa sahaja boleh berlaku,” jelasnya.

Jika mengikut perancangan Johnson, majlis perkahwinan bermula 12 April ini hanya membenarkan 15 tetamu hadir termasuk pasangan pengantin. – Agensi