fbpx

Aksi Kamal Adli menyanyi, Uqasha salah panggil ‘sayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMAL Adli dan Uqasha Senrose.

JIKA hendak mendengar nyanyian Kamal Adli, mungkin anda perlu menonton program Lagu Cinta Kita musim ketiga.

Dalam beberapa episod sebelum ini, Kamal mencuri perhatian apabila membuat persembahan nyanyian bersama pasangan pengacaranya, Ain Edruce.

Menariknya, ramai yang memuji suara Kamal yang dikatakan ‘cukup syarat’ untuk bergelar seorang penyanyi.

“Itu Kamal ke? Sedap juga suara bakal suami Uqasha Senrose ini. Boleh digilap lagi,” puji seorang netizen.

Selain nyanyian Kamal, kehadiran Uqasha sebagai juri jemputan pada episod minggu lalu turut menuai perhatian penonton.

Terjadi momen lucu apabila Uqasha tersalah memanggil tunangnya dengan panggilan sayang pada program tersebut yang disiarkan secara langsung.

“Saya tak cakap dengan awak sayang,” kata Uqasha kepada Kamal sebelum tersipu-sipu malu.

Disebabkan terlepas cakap, ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan romantis tersebut mendirikan rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI