fbpx

Ebit Lew terharu sekali lagi dijemput mengadap TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail bersama Ebit Lew ketika pendakwah bebas itu dijemput mengadap baginda di Istana Johor hari ini.

PETALING JAYA – Selepas kali pertama dijemput menemui Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada awal Februari lalu, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sekali lagi dijemput mengadap baginda hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ebit Lew menzahirkan rasa terharu dan gembira apabila Tunku Ismail sudi menemuinya sekali lagi.

Katanya, Tunku Ismail risau keadaan kesusahan serta penderitaan rakyat, banyak perkara dibincangkan semuanya mengenai kebaikan rakyat.

“Terharu layanan mesra dan bersungguh-sungguh Tunku memberi kata semangat. Saya sendiri melihat Tunku dan Tuanku Sultan Johor setiap hari membantu rakyat.

“Teringat kisah Khalifah dulu yang memikirkan keadaan rakyat, subhanallah. Semoga Allah memberkati Tunku dan keluarga,” katanya di laman Facebook di sini hari ini.

Pada masa sama, Ebit Lew memaklumkan, Tunku dan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) turut memberi sumbangan sebanyak RM100,000.

“Baru ini RM200,000, Tunku selalu mesej tanya ada apa yang perlu dibantu atau ada masalah apa-apa.

“Terasa malu dan segan, saya cuma orang biasa tetapi Tunku Ismail layan macam kawan-kawan sahaja. Allah sayang TMJ, semoga Allah terima jadi asbab kebaikan,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI