fbpx

15,409 pekerja asing saring Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Seramai 15,409 orang warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 semalam dan sembilan daripadanya telah disahkan positif wabak berkenaan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara kumulatif, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 506,893 pekerja warga asing telah disaring.

“Saringan pekerja asing itu melibatkan seramai 26,231 majikan.

“Daripada jumlah ini, seramai 8,548 orang telah disahkan positif manakala 498,345 lagi adalah negatif,” katanya tadi.

Jelasnya,sebanyak 1,489 buah klinik telah terlibat dengan program saringan itu.

“Seperti yang telah diumumkan, ujian saringan Covid-19 adalah diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari 2021,”jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI