fbpx

Watanabe idam juara Liga Premier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATANABE memasang impian untuk menjulang kejuaraan Liga Premier bersama TFC II musim ini.

PEMAIN import Terengganu FC II (TFC II), Masaki Watanabe yakin skuad tersebut mampu menyerlah pada saingan Liga Premier malah sudah bersedia untuk menghadapi aksi pembukaan pada 6 Mac ini.

“Keputusan memberangsangkan ketika bertemu pasukan Liga Super iaitu UiTM FC dan Sri Pahang FC pada aksi persahabatan baru-baru ini meningkatkan motivasi kami untuk memburu kejuaraan liga.

“Persefahaman saya dan rakan-rakan sepasukan bertambah baik bagi menyerlahkan rentak terbaik sebaik saingan liga bermula nanti,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Pasukan bimbingan Badrul Afzan Razali itu mendapat tonik­ terbaik apabila muncul juara Piala Bandaraya Shah Alam baru-baru ini selepas mengikat UiTM FC 1-1 sebelum seri 2-2 dengan Sri Pahang.

TFC II dijadualkan meneruskan aksi pemanas badan menentang Kelantan di Kuala Terengganu esok selain ber­temu pasukan senior, TFC.

Watanabe berkata, impian untuk menjulang kejuaraan Liga Premier tidak mus­tahil kerana TFC II mempunyai pemain-pemain muda berpotensi tinggi selain mengekalkan majoriti pemain musim lalu manakala keberadaan jurulatih dalam misi jangka panjang TFC II.

“Saya mempunyai penga­laman dalam Liga Premier bersama Kelantan dan Felda United­ pada Liga Super, jadi ­tiada masalah untuk menyesuaikan diri.

“TFC II boleh memberi sai­ngan kepada mana-mana pasukan dan semua pemain perlu ada keinginan untuk menjadi juara,” tambah Watanabe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI