fbpx

Red Bull sedia cabar dominasi Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERGIO Perez melakukan pemanduan pertama ke atas jentera baharu Red Bull bagi saingan musim 2021 di Litar Silverstone semalam.

LONDON – Red Bull melaungkan amaran awal kepada pesaing dalam perlumbaan Formula Satu (F1) bahawa jentera baharu mereka akan mampu menjulang Max Verstappen untuk meraih kejuaraan pertama dunia pada musim 2021.

Red Bull telah menerbitkan gambar di studio dalam ta­lian bagi menyempurnakan penampilan baharu jentera RB16B yang hampir sama dengan model tahun lalu tetapi menggantikan pelekat penajaan Aston Martin dengan jenama Honda.

Aston Martin kini mempunyai pasukan sendiri selepas penjenamaan semula pasukan Racing Point yang dimiliki oleh bilionair Kanada, Lawrence Stroll.

“Sama serupa….tetapi berbeza,” komen Red Bull yang dimuat naik pada Twitter rasmi pasukan tersebut.

“Pada permukaan imej pertama jentera baharu tersebut tidak menunjukkan banyak perubahan dilakukan.

“Namun, jika dilihat secara terperinci di bawah imej pertama, jentera RB16B menampilkan ba­nyak perubahan dan mengekalkan status F1 yang berdaya saing,” kata kenyataan pasukan tersebut di lawan web Red Bull.

Pasukan Red Bull memenangi dua perlumbaan musim lalu dengan Verstappen berjaya muncul naib juara manakala Mercedes merangkul kedua-dua kategori kejuaraan (pemandu/pengeluar) selama tujuh tahun berturut-turut.

“Mercedes terlalu dominan musim lalu dan DNA itu mungkin merupakan sebahagian besar ada pada jentera mereka sekarang.

“Bagaimanapun, kami berjaya membuktikan bahawa mereka dapat dikalahkan pada trek di Abu Dhabi yang mana Mercedes tidak pernah kalah pada enam atau tujuh musim lalu.

“Apa yang penting adalah kami perlu konsisten sepanjang 22 atau 23 perlumbaan untuk menewaskan Mercedes,” kata Prinsipal Red Bull, Christian Horner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI