fbpx

Guna dron di kawasan operasi perlu dikenakan tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Tindakan tegas terhadap penggunaan dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) khususnya kawasan larangan termasuk perairan negara perlu dikuatkuasakan segera.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, langkah itu bagi membendung aktiviti sindiket penyeludupan yang kini dikesan menggunakan pesawat tanpa pemandu itu untuk memantau pergerakkan pihak berkuasa.

“Memang ada sindiket-sindiket penyeludupan manusia menggunakan dron dalam memantau pergerakkan pihak berkuasa terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis.

“Sudah sampai masanya tindakan tegas diambil, kalau terbangkan dron di kawasan larangan terutama kawasan operasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Penyerahan 34 buah kenderaan Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Ayob khan berkata, polis mempunyai kaedah tertentu untuk membanteras aktiviti penggunaan dron termasuklah memintas sistem dan menembak jatuh dron.

Semalam, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan mendedahkan sekurang-kurangnya 20 dron bukan milik ATM dikesan di kawasan perairan negara antara Januari hingga terkini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI