fbpx

100 pegawai dan anggota IPD Ampang Jaya jalani ujian swab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN pegawai dan anggota di bawah pentadbiran IPD Ampang Jaya menjalani ujian swab di IPD berkenaan di sini hari ini.

AMPANG – Seramai 100 pegawai dan anggota di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalani ujian swab di IPD berkenaan hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua pegawai dan anggota yang menjalani ujian tersebut akan menerima keputusan sebaik ujian berkenaan selesai.

“Kita juga akan memberi kad yang menandakan mereka ini telah menjalankan ujian swab dan bebas dari jangkitan covid-19.

“Ini bagi memberi keyakinan kepada masyarakat di luar sana untuk berurusan di semua pentadbiran di bawah IPD Ampang Jaya,” katanya ketika ditemui selepas Program Swab di IPD berkenaan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya berterima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan yang tampil menghulurkan bantuan.

“Antaranya ialah Syarikat Gurimas Group yang telah menawarkan untuk membuat ujian swab terhadap 100 pegawai dan anggota di bawah pentadbiran IPD Ampang Jaya.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada NGO dan agensi kerajaan yang menghulurkan bantuan dan memberi sumbangan kepada IPD Ampang Jaya,” ujarnya.

Kosmo! terdahulu melaporkan, Balai Polis Ampang dibuka semula kepada orang awam bagi urusan membuat laporan polis dan permohonan rentas daerah atau negeri serta urusan-urusan lain bermula pukul 4.00 petang

Tindakan itu diambil selepas proses sanitasi secara menyeluruh dibuat ke atas Balai Polis Ampang dan juga semua bahagian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Pengoperasian semula Balai Polis Ampang ini juga dapat membetulkan kembali kekeliruan masyarakat setempat yang beranggapan Balai Polis Ampang telah pun ditutup akibat jangkitan covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI