fbpx

Pekerja lombong pasir lemas hari kedua bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Muhammad Janil yang dijumpai PPDA di lombong pasir, Kampung Labuan Dagang, Kuala Langat hari ini

KUALA LANGAT – Seorang pekerja lombong pasir manakala empat lagi terselamat selepas bot dinaiki terbalik dalam kejadian di sebuah lombong bsedalam 14 meter (m) di Kampung Labuan Dagang, di sini, hari ini.

Mangsa, Muhammad Janil Tani berusia 24 tahun ditemui pukul 11.35 pagi pada kedalaman lima m di dasar lombong tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, berdasarkan maklumat awal mangsa baharu dua hari bekerja di syarikat perlombongan tersebut.

Katanya, sebelum kejadian kelima-lima mereka berusia 20an itu menaiki sebuah bot ke tempat kerja mereka di atas sebuah kapal korek yang terletak kira-kira 20 meter daripada darat.

“Bagaimanapun, dalam perjalanan itu tiba-tiba bot dinaiki terbalik menyebabkan kesemua mangsa terjatuh ke dalam lombong.

“Empat daripada mangsa berjaya berenang ke tebing yang terletak kira-kira tujuh meter daripada lokasi bot itu terbalik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau memberitahu, seramai lapan anggota termasuk pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dan Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8.13 pagi.

Ujarnya, pihaknya yang tiba pukul 8.52 pagi kemudiannya segera melakukan pencarian sebelum menemui mangsa di kedalaman lima meter di lombong tersebut.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI