fbpx

“Merangkak cari kami di Padang Mahsyar” – influencer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar majlis perkahwinan di Kelantan yang dimuat naik oleh ‘influencer’ tersebut menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang Instafamous yang gambarnya tular gara-gara merentas negeri untuk ke sebuah majlis perkahwinan rakannya di Kelantan berang selepas menjadi mangsa kecaman netizen sejak beberapa hari lalu.

Dakwanya, isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu masih dalam siasatan pihak polis dan dia juga telah tampil memberi keterangan.

“Korang merangkak la cari kami dekat Padang Mahsyar nanti. Page-page media pun tak payah nak pandai reka cerita. Tak payah nak buat pandai.

“Biar polis buat siasatan kalau kami salah. Kami semua akan minta maaf,” katanya dalam satu hantaran di laman Instagramnya semalam.

Dalam pada itu katanya, dia turut meluahkan rasa kesal dengan segelintir masyarakat yang suka melibatkan pihak lain dalam isu yang terjadi.

“Aku geram betul la. Kalau nak kecam kami takpa kami boleh tahan. Jangan libatkan isteri-isteri kami,” tegasnya.

Terdahulu, tular di media sosial Instagram apabila beberapa orang Influencer memuat naik foto dan video perjalanan merentas negeri secara beramai-ramai dari ibu negara ke Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya dipercayai hujung minggu lalu.

Mereka turut berkongsi gambar majlis perkahwinan rakan dan bersantai-santai di tepi pantai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI