fbpx

Cemas Toyota Hilux bersama tiga anak hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan pacuan empat roda milik mangsa yang dilarikan penjenayah ketika diletakkan di tempat letak kereta Masjid Sultan Ahmad Shah di Bandar Pusat Jengka di Maran hari ini.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN – Sepasang suami isteri melalui detik mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bersama tiga anaknya yang ditinggalkan di tempat letak kereta Masjid Sultan Ahmad Shah di Bandar Pusat Jengka dilarikan penjenayah.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, kejadian antara pukul 6.45 hingga 7 pagi itu berlaku ketika pasangan suami isteri yang berasal daripada Jengka 13 itu menunaikan solat subuh di masjid berkenaan.

“Sebelum meninggalkan kenderaan jenis Toyota Hilux itu pasangan suami isteri berkenaan berpesan kepada anak lelakinya yang berumur lapan tahun untuk menguncikan pintu kereta.

“Namun apabila selesai solat subuh mereka terkejut apabila mendapati kereta Toyota Hilux serta anak-anak mereka didapati hilang dan bergegas membuat laporan polis,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Norzamri, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan.

Katanya anak mangsa yang berumur tiga, lapan dan 11 tahun ditemui ditinggalkan di Simpang Felda Jengka 10 dan Felda Jengka 11 dalam keadaan selamat serta tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Tambahnya, kenderaan mangsa ditemui ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Kampung Mahawangsa Sungai Jerik, berhampiran Felda Jengka 1.

“Barang yang hilang ialah beg tangan isteri mangsa yang mengandungi kad pengenalan, Mykid anak pengadu, kad nikah, wang tunai kira-kira RM80.00, buku bank CIMB, buku Amanah Saham Bumiputera, telefon bimbit Vivo, seutas rantai emas,seutas gelang emas, kunci pendua Toyota Hilux, kunci Honda Civic, tiga kunci lori Isuzu dan kunci rumah.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada setiap masa kerana penjenayah sentiasa mencari peluang,”ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI