fbpx

Sudah 10 tahun ‘Dian Sastrowordoyo’ jual bakso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penjual bakso di Jawa Barat tular di media sosial kerana wajahnya dikatakan mirip aktres popular, Dian Sastrowordoyo. - TikTok

JAKARTA – Hampir 10 tahun menjual bakso di Sentul, Kabupaten Bogor, Jawa Barat, ini kali pertama Nur Fitriani tular apabila wajahnya dikatakan mirip aktres popular Indonesia, Dian Sastrowordoyo.

Menurut laporan Suara.con hari ini, persamaan wajah Nur  Fitriani dengan Dian didedahkan oleh seorang vlogger makanan di akaun TikTok, @hendry.jonathan.

Hendry memuat naik rakaman video wanita itu di TikTok ketika dia singgah mencuba hidangan bakso tersohor di Bogor.

“Jangan salah fokus pada penjual bakso, nanti anda boleh jatuh hati,” tulis kapsyen video tersebut.

 

DIAN SASTROWORDOYO – AGENSI

 

Kata Hendry, gerai itu sentiasa dipenuhi pelanggan kerana mahu menikmati hidangan bakso yang disediakan wanita itu.

Nur Fitriani turut memberitahu, dia sebenarnya sudah lebih 10 tahun berniaga bakso di gerai itu.

Rata-rata warga net terpesona melihat keayuan wajah Fitriani yang diakui mirip  aktres Ada Apa Dengan Cinta itu.

“Saya fikir Dian sudah tukar kerjaya, wajah penjual bakso ini sangat mirip pelakon itu,” tulis seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI