fbpx

Sajat dikenakan waran tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Sajat
Zuri Zabuddin ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Mahkamah Syariah Shah Alam . – FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Menurut sumber, waran tangkap itu dikeluarkan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii terhadap Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36,.

“Dia ( Nur Sajat) dimaklumkan tidak datang dan hakim mengeluarkan waran tangkap,” jelasnya.

Sementara itu, Peguam Syarie Zuri Zabuddin Budiman mewakili Nur Sajat memaklumkan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 1 Jun depan.

“Saya pun tunggu dia datang tetapi tiada.Dia ( Nur Sajat ) diwajibkan hadir pada tarikh baharu itu.

“Berkemungkinan akan buat mitigasi namun belum dibincangkan lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam prosiding yang dijadualkan pukul 9 pagi itu, usahawan kosmetik itu turut diwakili Peguam Syarie Noor Azlina Che Hassan, Ahmad Nazib Johari dan Amirah Zainal.

Nur Sajat sebelum ini diberikan dikat jamin RM3,000 untuk sebutan semula hari ini.

Terdahulu pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI