fbpx

Polis buru ‘influencer’ rentas negeri, hadir kenduri rakan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar majlis perkahwinan di Kelantan yang dimuat naik oleh ‘influencer’ menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

KOTA BHARU – Polis Kelantan sedang mengesan beberapa individu yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, berdasarkan semakan menerusi paparan di Instagram, terdapat beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh individu tersebut menunjukkan rakannya mengambil gambar bersama pasangan pengantin tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup separuh muka.

“Terdapat komen daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan individu terlibat yang gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Keadaan itu sekali gus mempersoalkan mengenai pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial Instagram apabila beberapa orang ‘influencer’ memuat naik foto dan video perjalanan merentas negeri secara beramai-ramai dari ibu negarabke Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya dipercayai hujung minggu lalu.

Mereka turut berkongsi gambar majlis perkahwinan rakan dan bersantai-santai di tepi pantai.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, polis juga telah menerima laporan berkaitan perkara itu petang semalam.

Katanya, polis sedang mengesan individu yang terlibat dan kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam kawasan tempatan jangkitan)(Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.3) 2021.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI