fbpx
Pengumuman yang dilakukan KWSP di laman sosial.

i-Lestari diawalkan minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memaklumkan pembayaran i-Lestari yang dijadualkan dibayar pada minggu pertama bulan Mac pembayaran akan diawalkan dan dibayar pada minggu akhir bulan Februari.

KWSP dalam satu pengumumannya di Facebook hari ini berkata, pembayaran yang sepatutnya dibayar pada bulan Mac nanti diawalkan pada minggu akhir bulan ini.

“Untuk makluman, tiada bayaran i-Lestari bagi bulan Mac sekiranya ahli telah menerima bayaran sepanjang minggu ini.

“Pembayaran awal ini bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran i-Sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac nanti,” jelas kenyataan tersebut.- K! ONLINE.