fbpx

Semua Boeing 777 guna enjin PW tidak dibenar terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada 3 Ogos 2020 menunjukkan sebuah Boeing 777 milik syarikat penerbangan Rusia. - AFP

PARIS – Sejumlah 128 pesawat Boeing 777 menggunakan enjin Pratt & Whitney (PW) seperti enjin yang terbakar semasa penerbangan keluar dari Denver kini digantung operasi , kata seorang jurucakap pembuat kapal terbang Amerika Syarikat (AS) itu ketika mengesahkan perkara tersebut hari ini.

“Saya mendapat pengesahan bahawa semua Boeing 777 dilengkapi enjin ini tidak dibenarkan terbang,” katanya kepada agensi berita AFP.

Selain United Airlines, enjin jenis PW4000 itu turut digunakan syarikat penerbangan Jepun, ANA dan JAL di samping Asiana Airlines di Korea Selatan.

Dalam satu kenyataan semalam, Boeing mencadangkan semua pesawat terbabit tidak dibenarkan terbang ketika pihak berkuasa AS menyiasat sebuah penerbangan United Airlines yang terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang di Denver selepas satu enjinnya terbakar dan terlerai.

Klip video yang dirakam dari dalam pesawat 777-200 membawa 231 penumpang dan 10 kru itu menunjukkan enjin kanannya terbakar dan bergoyang.

Tiada kecederaan dalam kejadian itu termasuk di daratan selepas serpihan enjin terlerai dan jatuh ke bawah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI