fbpx

Peguam dipenjara 6 tahun ubah wang haram RM2.35juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keh Keong (kanan) dijatuhi penjara enam tahun bermula hari ini.

SHAH ALAM – Tindakan seorang peguam terlibat dalam penggubahan wang haram bernilai RM2.35juta mengundang padah apabila dijatuhi penjara enam tahun bermula hari ini selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali memutuskan demikian selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap lapan pertuduhan dihadapi Ong Keh Keong,48, di akhir kes pembelaan

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan jaminan dengan tambahan RM20,000 wang jaminan daripada asal sebanyak RM100,000 bersama seorang penjamin dan melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Keh Keong mula didakwa pada 2015 lalu atas dua pertuduhan mendepositkan dua keping cek HSBC Bank Malaysia Bhd. berjumlah RM2.35 juta milik Ong Partnership ke dalam akaun Standard Chartered Bank miliknya dan satu pertuduhan mendepositkan cek Standard Chartered Bank berjumlah RM1.5 juta daripada akaunnya ke dalam akaun Public Investment Bank Bhd.

Peguam itu menghadapi empat pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM2.65 juta dari akaun Standard Chartered Bank Bhd. miliknya ke dalam satu lagi akaun bank sama miliknya.

Selain itu, tertuduh turut didakwa atas satu lagi pertuduhan memiliki wang berjumlah RM51,795.05 di dalam akaun miliknya.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Standard Chartered Bank Berhad, Cawangan No. 18, 20 & 22, Jalan SS21/39, Damansara Utama, Petaling Jaya, antara 18 Julai 2012 hingga 24 April 2014.

Bagi kesemua pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut SubSeksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dalam prosiding itu, Peguam S. Surendran mewakili tertuduh memohon hukuman dikurangkan berikutan kesalahan pertama selain penangguhan hukuman bagi pemfailan rayuan yang akan dilakukan hari ini.

“Setakat ini, anak guam saya telah pun membayar jaminan RM100,000 selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

“Anak guam saya juga mempunyai 20 tahun pengalaman sebagai peguam dengan banyak kes dijalankan untuk Biro Bantuan Guaman selain merupakan penanggung tunggal kepada dua anak berusia 10 dan 14 tahun, isteri dan kedua-dua ibu bapanya,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Farid Ahmad Kamal memohon hukuman setimpal bagi memberikan iktibar kepada mana-mana individu yang berprofesion sama iaitu peguam supaya melakukan tugas lebih adil dan saksama.

“Kita juga memohon menaikkan wang jaminan terhadap tertuduh,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI