fbpx

MDBG tawar khidmat kaunter pandu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Batu Gajah kini boleh menggunakan khidmat kaunter pandu lalu bagi urusan membayar cukai taksiran dan kompaun.

BATU GAJAH – Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) menyediakan perkhidmatan kaunter pandu lalu di pekarangan ibu pejabat pihak berkuasa tempatan itu di sini bagi memudahkan orang ramai berurusan tanpa perlu masuk ke dalam premis seperti kebiasaannya.

MDBG dalam satu kenyataan memberitahu, perkhidmatan tersebut mula beroperasi sejak 26 Januari lalu sejajar keperluan ketika berada di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut kenyataan tersebut, antara perkhidmatan yang disediakan termasuk khidmat pembayaran cukai taksiran dan bayaran kompaun.

“Perkhidmatan dibuka setiap hari Selasa hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang sepanjang tempoh PKPB.

“Kami menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan pandu lalu kerana lebih pantas, selamat dan selesa,” ujar kenyataan itu.

Dalam pada itu, pelanggan yang memerlukan perkhidmatan kaunter diwajibkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI