fbpx

[VIDEO] Cabaran DHL jaga suhu vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah kenderaan milik DHL yang ditugaskan untuk membawa vaksin Covid-19 ke pusat simpanan vaksin Kementerian Kesihatan (KKM).

PETALING JAYA – Penghantar perkhidmatan ekspres terkemuka, DHL Express hari ini berjaya menghantar kumpulan pertama vaksin Covid-19 ke Malaysia dengan kerjasama MABkargo Syarikat Sdn. Bhd. (MASkargo) menggunakan pesawat MH604.

Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo berkata, meskipun berjaya, pihaknya telah melalui pelbagai cabaran semasa menguruskan penghantaran ini.

Menurutnya, salah satu cabaran utama yang dihadapi ketika penghantaran vaksin Covid-19 adalah memastikan suhu berada pada tahap yang telah ditetapkan.

Jelas beliau, vaksin tersebut diletakkan dalam bungkusan termal yang direka khas untuk memastikan suhu vaksin itu mencapai piawaian yang ditetapkan oleh pengeluar.

“Setiap penghantaran dibungkus dengan ais kering bagi mengekalkan tahap suhu dan juga mengelakkan sebarang masalah berlaku apabila penghantaran ke kawasan yang kekurangan infrastruktur.

“Selain itu, setiap bungkusan termal yang mengandungi vaksin itu juga turut dilengkapi dengan alat penjejak sistem kedudukan global (GPS) bagi memantau kedudukan dan keberadaannya sepanjang proses penghantaran,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Polis mengawal ketat vaksin yang sampai di DHL Subang Jaya hari ini.
Foto oleh AMIR KHALID

Jelas beliau, sejak bermulanya pandemik Covid-19, DHL Express telah memanfaatkan pengalaman dan kepakarannya dalam perkhidmatan penghantaran supaya proses itu berjalan lancar dan dapat dihantar kepada lebih ramai pelanggan dalam waktu singkat.

“Ia sekali gus dapat memastikan penghantaran bekalan barangan dan peralatan perlindungan untuk kegunaan masyarakat dapat sampai kepada pihak berkepentingan dalam tempoh yang telah ditetapkan,”ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, DHL Express Asia Pasifik, Ken Lee berkata, pihaknya di seluruh negara telah mewujudkan amalan kerja berpasukan dalam memastikan peralatan pelindung diri, keperluan perubatan dan keperluan harian kepada masyarakat sampai pada waktu yang ditetapkan.

“Kami telah berusaha sedaya upaya untuk melakukan penghantaran vaksin ke mana sahaja selepas berjaya melakukannya kali pertama ke Timur Tengah dan kini di Malaysia.

“Kami juga berasa bangga atas pencapaian hari ini dan mahu semua pihak yakin terhadap perkhidmatan DHL dari segi kelajuan, kualiti, keselamatan, dan kebolehpercayaan ketika membawa barang berharga (kargo) seperti ini,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI