fbpx

Boleh jumpa saya – KPD Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Individu yang dikenakan kompaun kerana kekeliruan merentasi daerah sehingga menularkannya di laman sosial Facebook diajak bertemu Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Menurut Baharudin, langkah itu bagi merungkai kekeliruan susulan ketidakpuasan hati apabila anak perempuan kepada individu itu dikompaun polis.

Katanya, ini ekoran tidak jelas dengan isu merentas daerah yang dibenarkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) sama ada mengikut persempadanan daerah oleh polis atau Daerah Petaling.

“Saya cakna dengan masalah dihadapi oleh individu yang viralkan Adoi Malaysia Land of The Confused Civil Servant And Politicians.

“Justeru, saya mengalu-alukan kehadiran individu tersebut untuk berjumpa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi merungkai kekeliruan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook berhubung seorang individu mempersoalkan sama ada kompaun merentasi daerah dalam PKP bermaksud mengikuti daerah sesebuah IPD.

Berdasarkan penyataan ditularkan individu itu menegaskan anak perempuannya dikompaun merentasi daerah selepas pulang ke Bukit Jelotong dari Subang Jaya susulan berlainan IPD.

 

TANGKAP layar yang tular berhubung kekeliruan kompaun merentasi daerah berikutan berlainan IPD.

 

Ini berikutan berdasarkan pengetahuannya terdapat sembilan daerah dan Subang Jaya dan Shah Alam adalah di bawah daerah Petaling.

“Telefon IPD Shah Alam untuk pengesahan dan dimaklumkan kena saman disebabkan berbeza bidang kuasa IPD.

“Hubungi Majlis Keselamatan Negara (MKN ) berkaitan prosedur operasi standard ( SOP ) berkaitan daerah, pegawai itu gagal menjawabnya namun menegaskan Subanh Jaya dan Shah Alam adalah satu daerah,” ujarnya.

Tambahnya, kedua-dua pihak iaitu polis dan MKN turut keliru berhubungnya.

Jelas individu, kekeliruan terus berulang apabila tidak perlu mendapatkan permit bagi pembayaran kompaun yang dikeluarkan bagi Pejabat Kesihatan bawah Akta Kesihatan di Kelana Jaya.

“Kemudian, soalan sama turut diutarakan kepada pejabat kesihatan namun mereka juga keliru mengapa dikenakan saman susulan sama daerah.

“Akhirnya, kena buat surat rayuan pembatalan kompaun dan membuang masa menghubungi bagi mendapatkan definisi daerah kerana semua keliru,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI