fbpx

Akhbar bukan sekadar penyebar berita – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Persuratkhabaran bukan sekadar menyebarkan berita dan maklumat malah turut menyediakan ruang untuk sumbangsaran.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, akhbar juga menjadi sumber kritikan serta semak imbang dalam setiap hal bermasyarakat juga negara.

Katanya, hanya dengan akhbar yang bebas dan bertanggungjawab, ketelusan dalam ekonomi serta pasaran akan berlaku.

“Kerajaan akan menjadi lebih ‘accountable’, segala salah guna kuasa serta kejelikan moral akan terbongkar dan inspirasi tercetus melalui cerita kemanusiaan yang mengkagumkan.

“Malaysia mesti menuju kearah masyarakat madani yang bebas bersuara secara matang, progresif dan jujur. Justeru, kebebasan akhbar dan bersuara ‘serves a high public purpose’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad, kehidupan demokrasi di Malaysia bermakna kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara mestilah dipertahankan.

“Ia menjadi instrumen penting membantu menyuarakan nurani masyarakat terutama mereka yang tertindas, tertinggal serta mereka sekadar ingin memberikan pandangan alternatif atau idea baru,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI