fbpx

Polis beri amaran penyalahgunaan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR -Seramai 62 individu telah ditahan membabitkan penyalahgunaan dadah ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) Op-Covid-19 dari tempoh 13 Januari hingga 18 Februari tahun ini di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, 57 individu yang ditahan berusia dalam lingkungan 19 hingga 50 tahun manakala tiga tangkapan membabitkan remaja bawah umur 18 dan dua tangkpan berusia 51 tahun ke atas.

“Hasil saringan ujian urin mendapati, 53 individu positif dadah manakala sembilan lagi negatif.

“Kita juga berjaya membuat rampasan pelbagai jenis dadah seperti syabu, ganja, ketum dan heroin yang bernilai RM 12,993.25,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya memberi amaran keras terhadap pengguna jalan raya yang berniat untuk terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Kita akan melakukan SJR selama 24 jam setiap hari dan akan menugaskan pegawai dari bahagian narkotik untuk terlibat sama.

“Pegawai dan anggota dari bahagian narkotik ini merupakan individu terlatih dan mempunyai kepakaran dalam mengesan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI