fbpx

Peruntukan segera RM100,000, pasang kanvas kalis air di Pasir Mas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Masrizal Muhammad (kiri) ketika melakukan tinjauan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) meluluskan peruntukkan segera sebanyak RM100,000 untuk kerja-kerja pemasangan kanvas kalis air bagi menutup kawasan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad berkata, langkah itu bertujuan mengekang pergerakan tanah yang lebih serius berlaku di kawasan tersebut.

“Kita akan pasang segera kanvas kalis air itu supaya tiada pergerakan tanah berlaku. Kerja-kerja menutup runtuhan itu melibatkan kawasan seluas 4,360 meter persegi.

“Situasi itu akan memudahkan lagi proses kajian yang akan dilakukan selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau runtuhan tebing yang berlaku di kawasan berkenaan hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Kamal Mustapha dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohammad Roy Suhaimi Sharif.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, empat buah rumah penduduk di Kampung Pohon Chelagi di sini ranap apabila runtuh ke bawah cerun dalam kejadian runtuhan tebing Sungai Kelantan kelmarin.

Selain itu, Ahmad Fadhli menegaskan bahawa kerja-kerja mengorek pasir di kawasan tebing Sungai Kelantan di bandar Pasir Mas ditangguhkan susulan kejadian tebing tebing runtuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI